Sunday, 28 April 2013

Malang tak berbau

Salam...

Hari ke4 selepas Danish operation pertama Danish. Danish dah nampak ok sikit, mata dah boleh buka luas sikit tapi mata putih masih merah. Entah kenapa, rasa sebak ibu tak pernah surut. Hati ibu cukup terusik selepas apa yg menimpa Danish. Betul lah orang kata malang memang tak berbau.

Isnin - 22 April 2013
Hari ni anak-anak cuti peristiwa sebab hari sabtu sekolah dah adakan larian merentas desa. Tapi still perlu ke sekolah agama. Ibu macam biasa bila anak-anak dah ada kat rumah asyiklah keluar masuk dapur. Banyak kali jugak ibu ingatkan Afiq supaya tengokkan Qaleesya. Ibu pesan pada Haiqal supaya main elok-elok dengan Danish. Tapi tiba-tiba Danish nangis meluru kat ibu. Nangis kuat then bila di pujuk dia senyap kemudian main semula. Macam tiada apa yang berlaku. Ibu tengok mata Danish merah. Ibu tanya kenapa. Danish kata, Haiqal buat ngan pensil. Bila ibu tanya Haiqal apa dia buat,dia jawab dia tak buat apapun. Dia main dengan Danish je. Tapi ibu perasan Danish tunjuk pensil warna berwarna hijau. Ibu check mata Danish memang tak ada apapun. Berdarah pun tidak.

Selasa - 23 April 2013
Danish bangun tidur agak lewat pagi tu. Selalunya Danish akan bangun kul 6am sebab nak ikut ibu hantar abang-abang ke sekolah. Tu lah rutin harian Danish. Tapi hari ni kul 9am baru Danish bangun. Maybe Danish letih sangat kot sebab bila abang-abang bercuti, Danish mesti tak tidur siang. Bila Danish bangun, ibu tengok mata Danish merah dah berkurangan. Alhamdulillah..

Rabu - 24 April 2013
Peliklah, Danish bangun lewat lagi. Selalunya dialah yang jadi alarm bising pagi-pagi menjerit sana sini sampaikan Qaleesya bangun. Seingat ibu dia hanya trjaga bila ibu switch on lampu. Dia jerit suruh tutup lampu. Abang-abang bersiap dalam gelap nak ke sekolah pagi tu. Seriously ibu tak notice apa-apa pun sebab semalam ibu tengok dia ok. Bila Danish bangun tidur, ibu tengok mata dia masih macam semalam. Merah nampak sama tapi berair pulak. Ibu nekad bawa Danish g klinik. Sementara ayah ada ibu bawaklah motor sekejap g klinik 1M. Masa siapkan Danish, ibu tengok lagi mata Danish dalam-dalam. Ya Allah, macam ada benda dalam mata dia ni tapi apa? Danish tak mengadu sakit atau merengek pun. Dia aktif macam biasa. Terus bergegas ke klinik 1M. Doc sendiri tak dapat nak pastikan sama ada mata Danish luka atau tak sebab hanya pakar mata yang boleh tentukan. so, doc keluarkan surat reference untuk ke HKL.

Khamis - 25 April 2013
Pagi-pagi selepas hantar abang-abang ke sekolah, ibu siap-siapkan Qaleesya dan Danish then gerak ke HKL. Mula-mula ke klinik pesakit luar bawa surat, klinik pesakit luar hantar surat terus untuk jumpa doc pakar. Di klinik pakar, hampir satu jam setengah menunggu ibu rasa macam hilang tahap kesabaran. Mana taknya, sudahlah sejuk membeku menahan lapar lagi. dari jam 12pm sampaikan ke jam 1.40pm still tak panggil. Bila tengok patient yang duduk tak sampai 10 minit duduk dah panggil masuk jumpa doc, memang ibu anginlah. Kita dah lah risau nak tau mata dia kenapa. kesejukan lagi sebab air-cond terlalu kuat dalam masa yang sama kelaparan sebab memang dah masa lunch pun.

Bila ibu dah bising-bising barulah doc nak panggil Danish masuk bilik. Maybe doc ingat Danish hanya masalah biasa, mata merah biasa. Walhal surat dah keluar emergency case.

2pm - Doc check mata Danish then suddenly kata mata Danish ada luka. Maybe mata pensil tu sempat mencucuk anak mata sebelum melantun. Masa tu ibu tak tahu nak describe apa ibu rasa. Doc explain bahagian-bahagian mata. Dalam kes Danish, lapisan luar mata Danish atau dalam bahasa sainsnya di panggil kornea mata telah terluka dan terkoyak. So, Danish perlukan pembedahan sesegera mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman dalam mata sebab rupanya luka terkoyak tu dah 2 hari startdari hari pertama kena lagi. cumanya ibu tak perasan. huhuhu..

Doc ada terangkan yang luka tusukan mata pensil tu sepanjang 4mm so terkena sikit kanta mata Danish. untuk pembedahan kali pertama ni doc nak jahit kornea mata Danish yang dah terkoyak. Then kemudian nanti bila luka tu dah baik, radang mata da ok, jahitan dah di buka barulah doc akan bagitau masa yang sesuai untuk buat pembedahan kedua bagi menukar kanta mata Danish. Specific costnya memang doc tak dapat nak pastikan sebab dia budak lagi. Tapi untuk pembelian kanta mata Danish tu costnya adalah RM800+. So untuk pembedahan kali kedua ni maybe costing dalam 4k.




3pm - Check in dalam wad opthalmology di wad kecemasan ( wad 17 ), tingkat 4. Masa check in tu start lah drip untuk masukkan antibiotik. Pastu Danish kena rest dan puasa sebab doc jangkakan bilik OT akan ada kekosongan kul 4 petang. Tapi memandangkan belum ada kekosongan, so doc postpone ke jam 8.00 malam.

8.30 mlm Danish masuk bilik OT dengan ayah. Ibu dah balik rumah masa tu. Ibu hanya mampu doakan agar pembedahan Danish berjalan lancar.
Alhamdulillah, jam 12.30am Danish keluardari bilik OT. Pembedahan selamat di jalankan dengan lancar. 8 jahitan dalam mata Danish.


~ continue ~