Tuesday 6 August 2013

2 Bulan...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka lah hendaknya yer..
hampir 2 bulan ibu tak sempat nak update belog ringkas ini sebab sibuk menghabiskan masa dengan menjaga anak-anak.. tambahan lagi dengan kehadiran Ramadhan yang Mulia bermula awal Julai yang lepas.. sedar tak sedar lagi 2 hari kita akan menyambut kedatangan Syawal yang Mulia.. Ya Allah, sekejapan masa berlalu.. berlalunya masa ini jugak menginngatkan ibu yang Danish sudah hampir 2 bulan lenih menjalankan pembedahan menukar kanta mata baru..

Alhamdulillah, mata Danish semakin baik.. Danish pun sihat.. cuma ibu agak runsing sedikit sebab Danish secara mendadak berhenti dari minum susu. hurrmmm... baik atau tak sebenarnya eyh..?? abang-bang Danish pun sebelum ni stop minum susu seawal 4-5 tahun... tapi since last 2 months, Danish dah tak nak minum susu lagi.. yang merisaukan ibu, badan Danish nampk ketara sangat susut.. huhuhu..

Ayah suggest untuk bagi Danish minum Milo.. tapi ibu tak berapa agree sebab takut kalau tak sesuai, Danish akan sembelit pulak.Nanti masalah lain pulak yang timbul.. huurrmm.. sedang di fikir-fikirkan susu apa yang sesuai untuk dia..

New update tentang follow up dari pembedahan mata Danish hari tu, Danish suppose to admit again on June untuk buka jahitan di kornea mata tapi Doc call and postpone sebab Danish selsema dan batuk.. so, postpone ke bulan Julai.. but..... selepas ayah dah siap apply cuti 3 hari untuk temankan Danish dalam wad, tiba-tiba doc call lagi and postpone again ke bulan Ogos.. so, Danish akan admit again on 28 ogos 2013.. macam biasalah, masuk sehari awal.. puasa start kul 12am.. then kul 8am esok harinya Danish akan masuk OT..

Ibu hanya harapkan pembedahan kali ke3 ini akan success... pastu harap-harap jugak selepas ni Danish tak perlu lagi masuk OT untuk lalui sebarang prosedur pembedahan yang pastinya bagi kanak-kanak seawal usia 3 tahun macam dia amatlah memeritkan..

Doakan Danish sihat-sihat selalu ye.. Ibu akan terus update latest story tentang Danish.. InsyaAllah, latest pic Danish di hari raya maybe.. hehehhe..

Ibu bagi pihak ayah Danish ingim memhon ampun dan maaf atas sebarang kekhilafan kami.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi dan sentiasa terus mendoakan kesihatan Danish.. bersempena dengan kehadiran Syawal yang akan menjelang tiba esok ( 8 Ogos 2013 ), ibu ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata atau terkasar bahasa selama meng-update cerita-cerita tentang Danish.. semoga kehadiran Syawal tahun ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita.. Salam aidilfitri dari kami sekeluarga..


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN,,,

Saturday 18 May 2013

16 May 2013 - Danish 2nd operations

16 May 2013

Pagi ni ibu bangun awal.. ibu mandi kemudian ibu kejutkan ayah untuk bawa Danish mandi. Turn Danish masuk OT kul 9am. Tapi siap je Danish mandi, pakai baju.. Nurse da paggil untuk siap-siap ke Dewan Bedah. Ibu dah start berdebar.. Tapi ibu kuatkan semangat..

8.30am



Danish prepare untuk ke OT


Danish prepare uktuk ke OT. Masa ni Nurse datang untuk sapukan cream kat dua belah tangan Danish untuk memudahkan doc nak drip tangan dia. Kami turun dari tingkat 4 wad opthalmology ke Dewan bedah mengikut tangga. Danish steady je berjalan, macam takde apa-apa yang akan berlaku.

Ibu hanya boleh hantar Danish sampai pintu masuk je. Ayah tak bagi ibu masuk. Takut ibu nangis-nangis nanti menganggu emosi Danish. Masa ibu hantar Danish di pintu OT pun ibu dah rasa sebak sangat. Hanya doa' je yang mampu ibu iringkan untuk Danish agak pembedahan Danish berjalan dengan selamat dan lancar.



Status di screen Dewan Bedah Utama HKL


Ayah yang menemani Danish selama operation di jalankan. Ibu yang mundar mandir tak senang duduk. Masa ni jal 9am, status di screen menunjukkan ' Mohd Danish : wad17 : PRE-OP '.. Maknanya Danish dah standby untuk operation. Operations pun akan di jalankan pada bila-bila masa. Tak lama lepas tu, ibu tengok status di screen bertukar dari ' PRE-OP ' kepada ' OPERATION '. Kemudian ayah keluar ajak ibu pergi breakfast. Ayah cakap, ' semuanya akan ok. kita kena makan jugak, nanti kalau kita sakit kesian Danish takde sape yang nak jaga '.. 

Habis breakfast, ayah masuk semula ke ruang menunggu dalam OT. Ibu still mundar mandir di luar. Tak senang duduk. Sekejap-sekejap ibu tengok jam. ' Doc kata 1 jam atau 1 1/2 jam.. ni dah pukul berape? ' ni lah yang ibu asyik fikirkan. Selagi tak tengok muka Danish, hati rasatak sedap je. Ya Allah... 


Tepat jam 12 tengahari, status di screen bertukar dari ' OPERATION ' kepada ' RECOVER '. Ibu tanya nurse, apa maksud recover tu? Nurse kata maksudnya operation dan tamat, tunggu patient sedar dari ubat bius je. Alhamdulillah, dah habis operation. Tapi still ibu tak sedap hati selagi tak tengok muka anak ibu. Sekejap ibu masuk, keluar balik.. Masuk, keluar lagi... Lepas 1/2 jam, Ayah kuar.. Nurse tolak Danish.. 



Danish di tolak masuk ke dalam wad


Danish di tolak masuk ke dalam wad. Muke Danish nampak sangat letih. Tido kepenatan. Ya Allah, sedih terharu semuanya ibu simpan dalam hati. Mata kiri Danish bertampal dengan kapas. Kesiannya anak aku.. 
Nurse kata, biarkan dia rest.. dia baru lepas masuk ubat untuk dia rest. Takut dia stress dengan keadaan mata dia. So, takpelah.. ibu dan ayah biarkan dia tido. insyaAllah, semuanya ok... 

Friday 17 May 2013

Tenang wajahnya

Assalamualaikum,

Hai semua.. maaflah, ibu dah lama tak sempat nak update blog yag tak seberapa ni..
Ibu sedikit sibuk dengan tugas harian dan juga menguruskan barang-barang yang di order oleh cust ibu..

Alhamdulillah, ada jugalah insan-insan perihatin yang sudi membeli sempena jualan amal yang ibu buat untuk Danish. Terima kasih sangat-sangat.. sedikit sebanyak dapatlah ibu buat tambah-tambah duit untuk perbelanjaan Operation dan kanta baru Danish.

15 May 2013 - Rabu

Danish dah admit di wad 17 ( Opthalmology ) HKL. semuanya berjalan lancar dan seperti yang di rancangkan. Ibu yang menjaga Danish sementara ayah bekerja. Ayah hanya dapat cuti masa Danish operation je selama 2 hari. Maklumlah, ayah baru di promote sebagai AM di tempat kejer, so ayah kenalah tunjukkan performance yang baik selama dalam tempoh probation ni. Rezeki anak-anak, Alhamdulillah..
Ibu faham tugas ayah.. ayah mencari rezeki untuk kami anak beranak. namun ibu tahu dalam hati ayah, ayah sangat-sangat risau tentang Danish yang bakal di operation esoknya.





Tenang tengok muke Danish tido.. macam tak ada apa-apa yang berlaku pada dia. Dia sendiri pun tak tahu yang dia akan menjalani pembedahan esok hari. Malam ni Danish dah kena start puasa. Danish hanya boleh makan dan minum susu sehingga jam 2am sahaja. Kemudian dari jam 2am sampai 6am hanya air suam atau ribena je yang boleh. Selepas tu, tak boleh makan atau minum apa-apa. 


Danish baru 3 tahun. Dia langsung tak mengerti apa-apa. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia buat kat hospital. dia hanya tahu, masuk hospital nak tido atas katil doctor. hurrmm... ibu akan sentiasa menemani Danish.. Ayah juga... Danish anak yang kuat. Ibu yakin, Danish akan cepat sihat kan sayang.. 

Sunday 12 May 2013

operation postpone

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. syukur kerana DIA mendengar doa' ibu dan ayah.
operation Danish di poetpone dari 12 May 2013 ke 16 May 2013.
so Danish akan admitpada 15 May 2013 jam 8am..

Kenape ibu rasa happy operation postpone??
hurmm... sebab ibu masih mengumpul dana untuk operation Danish..

Ibu sekarang hanya ada RM11++ Sahaja..
cukup hanya untuk membeli kanta mata baru Danish..
selebihnya... tak tahulah macam mana..

Ibu dah cuba yang terbaik untuk mambuat jualan amal..
tapi tahu saja la, bukan ramai orang berminat untuk menyertai jualan amal..
tapi ibu tak memaksa.. bagi ibu rezeki datangnya dari DIA..
insyaAllah, walaupun sedikit.. kami tetap bersyukur...

Danish, masih aktif... sihat dan sentiasa tersenyum riang..
sesekali menangis kepedihan bila mata terpandang cahaya terang..
bila matanya terkena cahaya matahari.. silau barangkali..
ibu dah belikan sunglass utuk Danish..
tapi budak 3 tahun, apalah yang dia tahu..
kejap-kejap di buka.. rimas katanya..

apapun, ibu herharap segalanya berjalan lancar..
ibu tidak mahu meminta-minta..
ibu bukan mohon simpati.. ibu mampu usahakn sesuatu untuk danish..
ibu yakin, segalanya telah di tentukan..
bagi ibu, apa yang terjadi semuanya pasti ada hikmah..
insyaAllah, semoga DIA selalu bersama kita.. amin..

Thursday 9 May 2013

Jualan Amal untuk Danish

Assalamualaikum,

mode : 3 hari lagi.. debor ghase...

haiii.. ada tak sesiapa yang join jualan amal untuk Danish? dulu ibu buka booth di Plaza Mont Kiara..
ibu jual tudung kat situ.. online pun ibu ada buat jugak.. tapi dah 3 bulan ibu tutup booth sebab takde orang nak jaga Adik Cha.. so terpaksa let go kat orang lain.. huhuhu..

So stock dalam tong banyaklah jugak.. ibu ingat nak lelong-lelong je.. untuk buat tambah-tambah untuk cost perbelanjaan masa Danish admit nanti.. makan nak kena pantang pas operation.. kalau ada yang berminat nak grab apa kat bawah ni, leh la whatsapp ibu 0176505319 atau sms ye..




yang ni pic no 2 peplum tribal tu da sold out malam td. yang lain still available.
before price ibu jual rm45 - rm49 each. 
Now ONLY RM35.00 tau...
berinat?? grab fast dear.. 

( measurement leh whatsapp atau sms ibu ye )

Ada lagi gambar ibu nak masukkan sebenarnya tapi ibu kena transfer dari hp dulu ke lappy, then baru leh upload dalam ni.. nanti ibu sambungah eyh.. hopefully ada yang sudi grab.. 







Tuesday 7 May 2013

Danish 2nd Operations

Assalamualaikum,

Agaknya memang ada ke yang sudi singgah dan baca blog ibu ni..?? ibu dah takde follower mcm dulu-dulu.. Dulu okeylah lagi at least even 1++ jer tp still ada follower.. Bukan ibu nak meminta apa-apa dari mereka.. TIDAK... tapi ibu hanya mahu apa yang terjadi pada kita satu keluarga ni akan di jadikan ikhtibar, di kutip pengajarannya oleh parents kat luar ni.

MATA... kalau sudah sekali tercedera kesannya sampai bila-bila si pemiliknya akan menanggung.. menyesal pun dah takde guna.. huhuhu.. yang pasti, semangat untuk teruskan hidup tu perlu kuat..

Danish baru 3 tahun.. apalah yang Danish tahu..??? 24 Jam hanya fikirkan soal main.. Even tengah 'sakit' sekarang ni dia masih lagi ligat.. aktif tak kira tempat.. tapi kalau doc dia suka budak aktif ni.. ingat lagi masa Danish 3 hari pas operation hari tu, da sihat katanya.. da turun katil.. jalan sana sini follow doc.. kejar SN.. YaAllah, kita yang risau takut mata dia terlanggar apa-apa.. tapi dia tetap ligat.. sampai waku bila kepenatan, dia tertido sendiri.. hhehehe.. SN pulak suka melayan.. jarang ada budak gini katanya..


Jumaat - 3 May 2013

Hari ni Danish ada appointment dengan pakar.. Ibu harapkan hanya appointment biasa.. check mata biasa.. so awal pagi kul 6.30am ibu bawa Danish keluar naik bas U504 sampai CM dalam kul 8.30am.. Ya Allah, Appointment Danish kul 8am.. kelam kabut ibu nak cepat.. Singgah kat taxi stand, driver letak harga RM15 sampai HKL.. aduhai bangg, cekik darah sungguh awak-awak ni.. nampak kita bawa budak, bukan reti nak berlebih kurang.. kesian saya tengok awak ni banggg, takde tolak ansur langung.. takpelah bangg, saya ambik teksi lain ye..

Ibu heret Danish jauh-jauh ambik teksi lain.. Alhamdulillah sampai HKL takdelah lebih dari RM10 chargenya.. Ibu ambik no giliran macam biasalah, prosedur orang-orang appointment ni..
Ibu sembang pasal Danish bila ada yang bertanya.. Danish pulak main sana, main sini.. hehehe, lucu juga tengokkan gelagat dia.. tak pandai penat... aktif semacam.. kalau orang tengok dia, orang akan ingat dia sakit mata biasa..

Bila sampai turn Danish kena panggil.. Ibu bawa Danish masuk dengan tenang.. insyaAllah, semuanya akan ok.. tu yang ibu cakapkan.. doc check mata dia, pastu discuss sesama sendiri.. tiba-tiba salah sorang dari doc tu keluar.. tak tahu kemana perginya.. tunggu je lah.. Tak lama tu, dia masuk balik ajak ibu dan Danish masuk bilik lain.. jumpa dengan Dr Joseph. Pakar no berapa pun ibu tak pasti. Masa tu ibu dah mula tak sedap hati, tapi diamkan je dulu. Dr Joseph check mata Danish, belek-belek kelendar. Pastu dengar dia explain macam mana keadaan mata Danish.

" Puan, mata anak dah berselaput. Untuk mengelakkan selaput semakin menebal, kita akan adakan operation kali kedua secepat mungkin. "

Then dia belek-belek kelendar.. dia cakap lagi..

" Kita buat 13 May ni lah.. saya akan keluarkan surat kemasukan wad.. "

Ibu tak tahu nak kata apa.. kelu tak terkata.. memang rasa air mata nak berjurai jatuh.. tapi ibu sabar je..
So ibu tanyakan doc apa prosedur yang diorang akan buat semasa pembedahan nanti. Doc kata diorang akan buang selaput tu dulu. Kalau dewasa selalunya diorang gunakan tekbik laser. Tapi sebab Danish kanak-kanak, so diorang akan sedut selaput tu.. Macam mana diorang sedut..?? ibu pun tak dapat nak membayangkan.. Then lepas tu baru doc akan tukar kanta mata Danish.

Untuk pembedahan nanti, Danish akan pakai kanta mata spare yang ada di OT.. doc akan tengok kesesuaian untuk Danish. Kemudian after operation, doc akan keluarkan list jenis kanta harga dan sebagainya.. masa tu barulah ibu dan ayah kena beli satu set kanta mata untuk menggantikan semula kanta mata pihak hospital. Harga kanta tu kurang lebih RM9++ untuk satu set.

Ibu call ayah di tempat kerja. Ibu tak dapat nak tahan air mata ibu. Sedih, risau semuanya ada dalam hati ni. Mana pulak nak di cari duit beli kanta mata, operation dan belanja-belanja sepanjang Danish admit. Ikut kata doc dulu nak buat 3 atau 3 bulan lagi. Dalam masa tu InsyaAllah boleh ibu dan ayah menyimpan sikit-sikit. Untuk Danish kami sanggup kerja keras. Ayah terdiam, kelu tak terkata.. Then ayah kata, ayah akan cuba cari duit untuk tampung perbelanjaan Danish tu. Kalau doc nak buat 13 May ni biarkan, janji Danish akan dapat melihat dengan baik.

Hati ibu remuk.. memang remuk.. Danish baru 5 hari discharge. Tiba-tiba 12 May ni nak kena admit semula. Ya Allah, ujian apakah ini??



Assalamualaikum semua..

Maaf, ibu agak sibuk sedikit.. tak sempat ibu nak update story pasal Danish.. 
ibu sibuk buat jualan amal untuk Danish.. so hari ni ibu sambung story k..

Kat bawah ni pic Danish masa ibu dtg melawat Danish pagi jumaat tu. Semalaman ibu tak tido, sekejap-sekejap ibu call ayah.. ibu tanyakan ayah khabar Danish. Ayah cakap bila Danish sedar dari bius, bagi air suam Danish muntah. huhuhu.. mana taknya.. Last Danish minum hanyalah sekolat air milo masa nak jumpa doc pakar. masa tu ibu dan ayah tak jangka pun Danish serius sangat-sangat.. So, ibu masak sedap-sedap untuk Danish, ibu bawa baju ayah dan Danish sebab mereka sehelai sepinggang masa masuk wad khamis tu. 

inilah wajah Danish selepas operation.. happy bila ibu belikan belon.. Danish suka belon.. 
masa ni mata dia mengantuk lagi di sebabkan ubat bius. ibu mandikan Danish, suapkan makan.. then Danish tido lagi.. Bila ibu datang, ayah bolehlah mandi dan pergi makan. kesian ayah... demi anak, apa pun sanggup di lakukannya..





Seharian ibu habiskan masa dengan Danish, layankan kehendak dia.. Petang sebelom maghrib ibu mandikan dia, bagi dia tido kemudian ibu bergerak balik ke selayang. Tinggalah Danish bersama ayah menemani. Tiap kali ibu melangkah kaki meninggalkan Danish dan ayah, gugur satu persatu air mata ibu.. Sedih tak terkata. selama ni Ibu yang menjaga Danish dalam wad Paed KK2, HKL. tapi sebabkan ibu ada Adik Cha, ayah yag perlu menjaga Danish menggantikan tugas ibu..


Pagi Sabtunya ibu seperti biasa ke HKL melawat Danish, bawakan makanan.. mainan.. seronok dia..
dan inilah muke dia pagi tu pas ibu mandikan dia.. 





Tenyummmm... :)



Pic ni ibu snap khas untuk kawan-kawan ibu di facebook.. yang mana sangat mengambil berat akan Danish.. 
sering betanyakan khabar Danish.. inilah hadiah untuk semua.. dah tak perlu pakai penutup mata dah.. lega hati ni bila tengok dia senyum.. Alhamdulillah...