Tuesday, 6 August 2013

2 Bulan...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka lah hendaknya yer..
hampir 2 bulan ibu tak sempat nak update belog ringkas ini sebab sibuk menghabiskan masa dengan menjaga anak-anak.. tambahan lagi dengan kehadiran Ramadhan yang Mulia bermula awal Julai yang lepas.. sedar tak sedar lagi 2 hari kita akan menyambut kedatangan Syawal yang Mulia.. Ya Allah, sekejapan masa berlalu.. berlalunya masa ini jugak menginngatkan ibu yang Danish sudah hampir 2 bulan lenih menjalankan pembedahan menukar kanta mata baru..

Alhamdulillah, mata Danish semakin baik.. Danish pun sihat.. cuma ibu agak runsing sedikit sebab Danish secara mendadak berhenti dari minum susu. hurrmmm... baik atau tak sebenarnya eyh..?? abang-bang Danish pun sebelum ni stop minum susu seawal 4-5 tahun... tapi since last 2 months, Danish dah tak nak minum susu lagi.. yang merisaukan ibu, badan Danish nampk ketara sangat susut.. huhuhu..

Ayah suggest untuk bagi Danish minum Milo.. tapi ibu tak berapa agree sebab takut kalau tak sesuai, Danish akan sembelit pulak.Nanti masalah lain pulak yang timbul.. huurrmm.. sedang di fikir-fikirkan susu apa yang sesuai untuk dia..

New update tentang follow up dari pembedahan mata Danish hari tu, Danish suppose to admit again on June untuk buka jahitan di kornea mata tapi Doc call and postpone sebab Danish selsema dan batuk.. so, postpone ke bulan Julai.. but..... selepas ayah dah siap apply cuti 3 hari untuk temankan Danish dalam wad, tiba-tiba doc call lagi and postpone again ke bulan Ogos.. so, Danish akan admit again on 28 ogos 2013.. macam biasalah, masuk sehari awal.. puasa start kul 12am.. then kul 8am esok harinya Danish akan masuk OT..

Ibu hanya harapkan pembedahan kali ke3 ini akan success... pastu harap-harap jugak selepas ni Danish tak perlu lagi masuk OT untuk lalui sebarang prosedur pembedahan yang pastinya bagi kanak-kanak seawal usia 3 tahun macam dia amatlah memeritkan..

Doakan Danish sihat-sihat selalu ye.. Ibu akan terus update latest story tentang Danish.. InsyaAllah, latest pic Danish di hari raya maybe.. hehehhe..

Ibu bagi pihak ayah Danish ingim memhon ampun dan maaf atas sebarang kekhilafan kami.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi dan sentiasa terus mendoakan kesihatan Danish.. bersempena dengan kehadiran Syawal yang akan menjelang tiba esok ( 8 Ogos 2013 ), ibu ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata atau terkasar bahasa selama meng-update cerita-cerita tentang Danish.. semoga kehadiran Syawal tahun ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita.. Salam aidilfitri dari kami sekeluarga..


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN,,,