Assalamualaikum,
Agaknya memang ada ke yang sudi singgah dan baca blog ibu ni..?? ibu dah takde follower mcm dulu-dulu.. Dulu okeylah lagi at least even 1++ jer tp still ada follower.. Bukan ibu nak meminta apa-apa dari mereka.. TIDAK... tapi ibu hanya mahu apa yang terjadi pada kita satu keluarga ni akan di jadikan ikhtibar, di kutip pengajarannya oleh parents kat luar ni.
MATA... kalau sudah sekali tercedera kesannya sampai bila-bila si pemiliknya akan menanggung.. menyesal pun dah takde guna.. huhuhu.. yang pasti, semangat untuk teruskan hidup tu perlu kuat..
Danish baru 3 tahun.. apalah yang Danish tahu..??? 24 Jam hanya fikirkan soal main.. Even tengah 'sakit' sekarang ni dia masih lagi ligat.. aktif tak kira tempat.. tapi kalau doc dia suka budak aktif ni.. ingat lagi masa Danish 3 hari pas operation hari tu, da sihat katanya.. da turun katil.. jalan sana sini follow doc.. kejar SN.. YaAllah, kita yang risau takut mata dia terlanggar apa-apa.. tapi dia tetap ligat.. sampai waku bila kepenatan, dia tertido sendiri.. hhehehe.. SN pulak suka melayan.. jarang ada budak gini katanya..
Jumaat - 3 May 2013
Hari ni Danish ada appointment dengan pakar.. Ibu harapkan hanya appointment biasa.. check mata biasa.. so awal pagi kul 6.30am ibu bawa Danish keluar naik bas U504 sampai CM dalam kul 8.30am.. Ya Allah, Appointment Danish kul 8am.. kelam kabut ibu nak cepat.. Singgah kat taxi stand, driver letak harga RM15 sampai HKL.. aduhai bangg, cekik darah sungguh awak-awak ni.. nampak kita bawa budak, bukan reti nak berlebih kurang.. kesian saya tengok awak ni banggg, takde tolak ansur langung.. takpelah bangg, saya ambik teksi lain ye..
Ibu heret Danish jauh-jauh ambik teksi lain.. Alhamdulillah sampai HKL takdelah lebih dari RM10 chargenya.. Ibu ambik no giliran macam biasalah, prosedur orang-orang appointment ni..
Ibu sembang pasal Danish bila ada yang bertanya.. Danish pulak main sana, main sini.. hehehe, lucu juga tengokkan gelagat dia.. tak pandai penat... aktif semacam.. kalau orang tengok dia, orang akan ingat dia sakit mata biasa..
Bila sampai turn Danish kena panggil.. Ibu bawa Danish masuk dengan tenang.. insyaAllah, semuanya akan ok.. tu yang ibu cakapkan.. doc check mata dia, pastu discuss sesama sendiri.. tiba-tiba salah sorang dari doc tu keluar.. tak tahu kemana perginya.. tunggu je lah.. Tak lama tu, dia masuk balik ajak ibu dan Danish masuk bilik lain.. jumpa dengan Dr Joseph. Pakar no berapa pun ibu tak pasti. Masa tu ibu dah mula tak sedap hati, tapi diamkan je dulu. Dr Joseph check mata Danish, belek-belek kelendar. Pastu dengar dia explain macam mana keadaan mata Danish.
" Puan, mata anak dah berselaput. Untuk mengelakkan selaput semakin menebal, kita akan adakan operation kali kedua secepat mungkin. "
Then dia belek-belek kelendar.. dia cakap lagi..
" Kita buat 13 May ni lah.. saya akan keluarkan surat kemasukan wad.. "
Ibu tak tahu nak kata apa.. kelu tak terkata.. memang rasa air mata nak berjurai jatuh.. tapi ibu sabar je..
So ibu tanyakan doc apa prosedur yang diorang akan buat semasa pembedahan nanti. Doc kata diorang akan buang selaput tu dulu. Kalau dewasa selalunya diorang gunakan tekbik laser. Tapi sebab Danish kanak-kanak, so diorang akan sedut selaput tu.. Macam mana diorang sedut..?? ibu pun tak dapat nak membayangkan.. Then lepas tu baru doc akan tukar kanta mata Danish.
Untuk pembedahan nanti, Danish akan pakai kanta mata spare yang ada di OT.. doc akan tengok kesesuaian untuk Danish. Kemudian after operation, doc akan keluarkan list jenis kanta harga dan sebagainya.. masa tu barulah ibu dan ayah kena beli satu set kanta mata untuk menggantikan semula kanta mata pihak hospital. Harga kanta tu kurang lebih RM9++ untuk satu set.
Ibu call ayah di tempat kerja. Ibu tak dapat nak tahan air mata ibu. Sedih, risau semuanya ada dalam hati ni. Mana pulak nak di cari duit beli kanta mata, operation dan belanja-belanja sepanjang Danish admit. Ikut kata doc dulu nak buat 3 atau 3 bulan lagi. Dalam masa tu InsyaAllah boleh ibu dan ayah menyimpan sikit-sikit. Untuk Danish kami sanggup kerja keras. Ayah terdiam, kelu tak terkata.. Then ayah kata, ayah akan cuba cari duit untuk tampung perbelanjaan Danish tu. Kalau doc nak buat 13 May ni biarkan, janji Danish akan dapat melihat dengan baik.
Hati ibu remuk.. memang remuk.. Danish baru 5 hari discharge. Tiba-tiba 12 May ni nak kena admit semula. Ya Allah, ujian apakah ini??
hope Danish sehat and dapat penglihatan yg lebih baik lepas ni.
ReplyDeletekte nanges bace entry ni..
Hope ibu Danish akan sentiasa kuat ye.
insyaallah operation tu akn berjaya..
Tq dear.. insyaAllah, doakan yg trbaik utk dia yer..
Deletesy akan terus update new info sebelum n slepas operation nti.. 3 hari lg.. dia relax jer tp ibunya yg debar..
allhuakbar, rm900+ boleh tahan mahal jgk yer sparepart mata nih..gud info utk sy..well, sy simpati dgn keadaan ni..
ReplyDelete