Tuesday, 7 May 2013



Assalamualaikum semua..

Maaf, ibu agak sibuk sedikit.. tak sempat ibu nak update story pasal Danish.. 
ibu sibuk buat jualan amal untuk Danish.. so hari ni ibu sambung story k..

Kat bawah ni pic Danish masa ibu dtg melawat Danish pagi jumaat tu. Semalaman ibu tak tido, sekejap-sekejap ibu call ayah.. ibu tanyakan ayah khabar Danish. Ayah cakap bila Danish sedar dari bius, bagi air suam Danish muntah. huhuhu.. mana taknya.. Last Danish minum hanyalah sekolat air milo masa nak jumpa doc pakar. masa tu ibu dan ayah tak jangka pun Danish serius sangat-sangat.. So, ibu masak sedap-sedap untuk Danish, ibu bawa baju ayah dan Danish sebab mereka sehelai sepinggang masa masuk wad khamis tu. 

inilah wajah Danish selepas operation.. happy bila ibu belikan belon.. Danish suka belon.. 
masa ni mata dia mengantuk lagi di sebabkan ubat bius. ibu mandikan Danish, suapkan makan.. then Danish tido lagi.. Bila ibu datang, ayah bolehlah mandi dan pergi makan. kesian ayah... demi anak, apa pun sanggup di lakukannya..





Seharian ibu habiskan masa dengan Danish, layankan kehendak dia.. Petang sebelom maghrib ibu mandikan dia, bagi dia tido kemudian ibu bergerak balik ke selayang. Tinggalah Danish bersama ayah menemani. Tiap kali ibu melangkah kaki meninggalkan Danish dan ayah, gugur satu persatu air mata ibu.. Sedih tak terkata. selama ni Ibu yang menjaga Danish dalam wad Paed KK2, HKL. tapi sebabkan ibu ada Adik Cha, ayah yag perlu menjaga Danish menggantikan tugas ibu..


Pagi Sabtunya ibu seperti biasa ke HKL melawat Danish, bawakan makanan.. mainan.. seronok dia..
dan inilah muke dia pagi tu pas ibu mandikan dia.. 





Tenyummmm... :)



Pic ni ibu snap khas untuk kawan-kawan ibu di facebook.. yang mana sangat mengambil berat akan Danish.. 
sering betanyakan khabar Danish.. inilah hadiah untuk semua.. dah tak perlu pakai penutup mata dah.. lega hati ni bila tengok dia senyum.. Alhamdulillah... 

1 comment:

  1. uncle pcl rasa hepi bila dapat tengok Danish da senyum.., yelah budak tgh aktif tetiba berehat dalam wad..kesian dia.

    ReplyDelete