Hai semua.. maaflah, ibu dah lama tak sempat nak update blog yag tak seberapa ni..
Ibu sedikit sibuk dengan tugas harian dan juga menguruskan barang-barang yang di order oleh cust ibu..
Alhamdulillah, ada jugalah insan-insan perihatin yang sudi membeli sempena jualan amal yang ibu buat untuk Danish. Terima kasih sangat-sangat.. sedikit sebanyak dapatlah ibu buat tambah-tambah duit untuk perbelanjaan Operation dan kanta baru Danish.
15 May 2013 - Rabu
Danish dah admit di wad 17 ( Opthalmology ) HKL. semuanya berjalan lancar dan seperti yang di rancangkan. Ibu yang menjaga Danish sementara ayah bekerja. Ayah hanya dapat cuti masa Danish operation je selama 2 hari. Maklumlah, ayah baru di promote sebagai AM di tempat kejer, so ayah kenalah tunjukkan performance yang baik selama dalam tempoh probation ni. Rezeki anak-anak, Alhamdulillah..
Ibu faham tugas ayah.. ayah mencari rezeki untuk kami anak beranak. namun ibu tahu dalam hati ayah, ayah sangat-sangat risau tentang Danish yang bakal di operation esoknya.
Tenang tengok muke Danish tido.. macam tak ada apa-apa yang berlaku pada dia. Dia sendiri pun tak tahu yang dia akan menjalani pembedahan esok hari. Malam ni Danish dah kena start puasa. Danish hanya boleh makan dan minum susu sehingga jam 2am sahaja. Kemudian dari jam 2am sampai 6am hanya air suam atau ribena je yang boleh. Selepas tu, tak boleh makan atau minum apa-apa.
Danish baru 3 tahun. Dia langsung tak mengerti apa-apa. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia buat kat hospital. dia hanya tahu, masuk hospital nak tido atas katil doctor. hurrmm... ibu akan sentiasa menemani Danish.. Ayah juga... Danish anak yang kuat. Ibu yakin, Danish akan cepat sihat kan sayang..
insyaallah.. danish boleh... =) mummylin doakan untuk danish... get well soon sayang...
ReplyDeletetq dear... Alhamdulillah... hari ni nmpk Danish da aktif skit.. mata pun dah buka.. cume kadang2 nangis pedih..
Delete